ISBN

978-967-388-197-0

Kod Buku

TBBK 1328

Tarikh Terbit

May, 2015

Jumlah Muka Surat

128

Sinopsis

Buku “AGUNGNYA KERAJAAN ALLAH ” ini merupakan tafsir surah al-Mulk yang ditulis oleh seorang tokoh tafsir tanah air yang tidak asing lagi, iaitu Dr. Zahazan Mohamed. Buku ini berusaha memudahkan interaksi antara pembaca dengan al-Quran dalam memahami makna yang terkandung dalam surah yang sangat agung ini. Kombinasi antara kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur dan al- Tafsir bi al-Ra’yi al-Mahmud, serta berpandukan rujukan daripada ulama tafsir   daripada kalangan salaf dan khalaf, pastinya akan membawa minda pembaca merasai kedekatan Allah dan menginsafi keagungan kerajaan-Nya. “Buku yang ditulis oleh tokoh besar ini sangat penting dimiliki oleh semua pencinta al-Quran kerana tulisannya adalah hasil daripada gabungan ilmu dan pengalaman tokoh besar ini.” “Buku tafsir ini memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghayati kekuasaan Allah dengan pendekatan yang mudah dan berkesan.” “Setelah saya membacanya, saya mendapati buku tafsir tulisan sahabat saya ini sangat sesuai untuk dimiliki  oleh masyarakat awam bagi mendalami sedikit demi sedikit ilmu tafsir. Pembelian buku tafsir ini merupakan satu pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan. Semoga usaha murni sahabat saya ini dapat diteruskan sehingga terhasilnya sebuah tafsiran al-Quran 30 juzuk versi Dr. Zahazan Mohamed sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Pak Hamka. Wallahua’lam.”