ISBN

978-967-388-306-6

Kod Buku

TBBK 1405

Tarikh Terbit

May, 2017

Jumlah Muka Surat

176

Sinopsis

AL-FARABI (257H/870M – 339H/950M) boleh dianggap sebagai filsuf Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al – Tsani, iaitu Guru Kedua dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.

Selain biografi al-Farabi, buku ini turut memuatkan falsafah-falsafah beliau seperti falsafah ilmu, falsafah ketuhanan dan alam semesta, falsafah wahyu dan kenabian, falsafah kemanusiaan serta falsafah politik. Antara keistimewaan buku ini juga ialah pemaparan komentar kritis Imam al-Ghazali yang mewakili perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemikiran al-Farabi.

Kelebihan 1

Sesuai untuk di jadikan bahan rujukan di peringkat pengajian tinggi selain boleh dimanfaatkan oleh pembaca umum yang meminati bidang falsafah umumnya.

Kelebihan 2

Pemaparan komentar kritis Imam al-Ghazali yang mewakili perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemikiran al-Farabi.

Kelebihan 3

Memaparkan pemikiran dan falsafah beliau dengan bahasa yang ringan dan mudah di fahami.

Review/Pertanyaan buku