ISBN

978-967-388-326-4

Kod Buku

TBBK 1419

Tarikh Terbit

Oct, 2017

Jumlah Muka Surat

168

Sinopsis

Harapan tertinggi seorang Muslim adalah meninggalkan dunia ini dengan senyuman yang terukir di wajah. Puas selepas mempersembahkan yang terbaik sepanjang hidupnya. Hari kematian menjadi saat yang paling dinanti-nantikan. Kedatangan malaikat maut akan disambut dengan gembira. Roh keluar ibarat seseorang yang hendak bercuti selepas penat bekerja. Buku ini menghimpukan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, kalam ulama serta syair-syair berkenaan amalan menghapuskan dosa. Kami melihat kitab ini amat wajar diterjemahkan sebagai pendorong kepada kita, umat manusia yang sering terpalit dengan dosa. Boleh dikatakan setiap hari kita melakukan dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau yang bersangkutan dengan manusia. Tambahan pula, teknologi dan media yang tidak terbatas membuatkan umat masa kini lebih mudah terdedah kepada dosa.

Kelebihan 1

Buku ini perlu dimiliki sebagai panduan untuk mengetahui amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Kelebihan 2

Buku ini membincangkan tentang amalan-amalan yang dapat menggugurkan dosa berpandukan hadith hadith Rasulullah s.a.w.

Kelebihan 3

Sesuai untuk semua peringkat umur malahan amat bersesuaian juka dubacakan di surau-surau atau masjid- masjid dan di jadikan bahan bacaan seisi keluarga agar sama-sama dapat bermuhasabah akan dosa-dosa yang telah dilakukan seterusnya kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.

Review/Pertanyaan buku