ISBN

 978-967-388-250-2

Kod Buku

FT247002

Tarikh Terbit

Jan, 2016

Jumlah Muka Surat

256

Sinopsis

Buku  ini merupakan buku teks Bahasa Jepun mengikut Kurikulum  Standard  Sekolah Menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Buku ini diterbitkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Buku ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 yang mempelajari  Bahasa Jepun di semua sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buku Bahasa Jepun  Menengah Rendah ini mengandungi 15 bab yang dibahagikan kepada 5 bab setiap tingkatan. Di bahagian akhir setiap tingkatan terdapat soalan kuiz yang boleh digunakan oleh guru sebagai penilaian. Murid-murid juga boleh menggunaakan borang penilaian kendiri untuk menilai tahap kebolehan masing-masing.

Setiap bab  disusun mengikut: i) pelbagai teks, ii) perkataan  baharu, iii) tatabahasa, iv) latihan dan v) Kanji. Selaras dengan keperluan kemahiran pembelajaran abad ke 21, pelbagai maklumat tambahan seperti budaya Jepun dan aktiviti telah dimuatkan, supaya murid boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui link atau sesawang yang diberikan.

Buku ini dihasilkan adalah untuk membantu murid untuk:

  1. Membaca dan menulis dalam Bahasa Jepun menggunakan Hiragana, Katakana dan Kanji.
  2. Mempelajari, memahami dan menggunakan bentuk-bentuk ayat yang dipelajari dalam berkomunikasi.
  3. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengetahuan dengan menggunakan teknologi serta media informasi.
  4. Mempelajari adat dan budaya serta cara hidup orang Jepun dan menjalankan proses silang budaya.
  5. Mencari maklumat tambahan serta jawapan yang lebih mendalam menerusi latihan atau tugasan yang diberikan.

Promo