ISBN

978-967-388-187-1

Kod Buku

TBBK 1317

Tarikh Terbit

Mar, 2015

Jumlah Muka Surat

328

Sinopsis

Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah empat tahun berada di pasaran. Walaupun konsep yang dikemukakan masih sama namun mesej dan persolan yang diketengahkan kali ini lebih luas dan menyeluruh.

Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah; berkisah dalam tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej yang sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.

Beduk perlu diketuk untuk menyedarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan. Semoga buku ini mampu memberi peringatan selaras dengan firman Allah:

“Berilah peringatan kerana orang Mukmin akan mendapat manfaat daripada peringatan.”

Mudah-mudahan beduk yang diketuk benar-benar mampu untuk “didengar” oleh hati, akal dan perasaan kita agar kita mampu berubah kepada yang lebih baik.

Promo