Bolehkah Bercouple? (Formula Pengurusan Cinta Bersyariat)
RM18.00
Tiada Stok

ISBN

978-967-388-112-3

Kod Buku

TBBK 1249

Tarikh Terbit

Jan, 2013

Jumlah Muka Surat

184

Sinopsis

Dunia hari ini menyaksikan hubungan antara lelaki dengan wanita semakin menuju ke arah kebebasan. Dalam kebanyakan masyarakat, hubungan lelaki dengan wanita sudah sampai ke tahap yang amat tidak wajar dan jelas keharamannya dalam hukum Islam. Antaranya wujud hubungan intim, teman rapat, teman untuk berbual, teman seks, hubungan tanpa ikatan, seks bebas dan sebagainya. Semuanya ini merupakan jalan ke arah zina yang diharamkan. Mungkin inilah suatu petanda akhir zaman yang mana disebut dalam riwayat hadis bahawa zina kian berleluasa. Buku `Bolehkah Bercouple’ yang diterbitkan ini adalah sebagai anak kunci pembuka minda kepada umat Islam di luar sana sebagai muhasabah dan renungan demi memurnikan ikatan perhubungan sesama kaum adam dan hawa. Buku ini mesti dimiliki kerana memberikan jalan penyelesaian kepada isu couple, memberikan tip dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah, menyentuh realiti remaja Muslim kini secara santai dan mudah, dan menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi Islam.