ISBN

978-967-388-278-6

Kod Buku

TBBK 1396

Tarikh Terbit

Feb, 2017

Jumlah Muka Surat

216

Sinopsis

Ilmu sains forensik merupakan salah satu cabang daripada teknologi kini yang jarang diberi perhatian dalam perbincangan melibatkan hukum Islam. Pelbagai persoalan timbul mengenai penggunaan sains forensik dari kaca mata Islam. Justeru, buku ini merupakan kompilasi soal jawab yang disusun daripada Kolum Soal Jawab Fiqah Forensik, majalah al-Ustaz. Buku ini juga mengupas mengenai forensik makanan, harta pusaka dan jenayah seperti mencuri, zina, liwat, arak, judi, dadah, sihir dan sebagainya. Hukum penggunaan sains forensik dalam Islam juga dijelaskan. Buku ini sangat bermanfaat untuk dimiliki kerana huraian kepada setiap persoalan yang dikemukakan adalah lengkap dan mudah difahami.

Kelebihan 1

Mengemukakan perbincangan-perbincangan berkaitan pelbagai isu dan informasi berkaitan sains forensik dari perspektif Islam.

Kelebihan 2

Soalan dan jawapan dikupas berdasarkan perbincangan ulama muktabar, disertakan definisi dan diperjelaskan dengan contoh.

Kelebihan 3

Huraian disertakan rujukan sains forensik terkini serta diolah dengan pendapat peribadi penulis dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih.