ISBN

978-967-388-314-1

Kod Buku

TBBK 1413

Tarikh Terbit

Aug, 2017

Jumlah Muka Surat

136

Sinopsis

Mimpi ialah suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seorang manusia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Semuanya pasti tidak akan terlepas daripada mengalami mimpi. Mimpi juga ialah sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan, sama ada bagi orang yang mengalami mimpi tersebut atau orang yang mendengar cerita daripada orang yang bermimpi. Mimpi setiap orang berbeza antara satu sama lain, maka sudah pasti huraiannya juga berbeza. Bahkan, persoalan mimpi ini juga bukan sekadar “mainan tidur” seperti yang sering diulang-ulang oleh anggota masyarakat kita pada hari ini kerana terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang berpegang bahawa mimpi ialah suatu hujah yang diterima pakai dalam syariat. Namun persoalannya, adakah benar ia boleh diterima sebagai hujah atau sebaliknya?

Kelebihan 1

Setiap kupasan yang diberikan oleh penulis adalah bersandarkan kepada al-Quran dan sunah.

Kelebihan 2

Mendedahkan hakikat mimpi yang sebenar, yang sering menjadi persoalan selama ini.

Kelebihan 3

Menghuraikan panduan yang diajarkan oleh Nabi dalam urusan tidur.

Kelebihan 4

Membongkar tentang keabsahan karya berkaitan mimpi yang menjadi rujukan masyarakat pada hari ini.

Review/Pertanyaan buku