ISBN

978-967-388-245-8

Kod Buku

TBBK 1369

Tarikh Terbit

Aug, 2016

Jumlah Muka Surat

352

Sinopsis

Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri. Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.

Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlulah mendalami ilmu agama agar hubungan yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Perkara yang penting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga. Suami dan isteri perlulah menanamkan sifat syukur dengan pemberian pasangan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk kita.

Kelebihan 1

Risalah ini mesti dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya pasangan yang bakal berkahwin dan yang telah berkahwin.

Kelebihan 2

Buku ini dapat merungkai semua persoalan yang terlintas di fikiran mengenai hukum-hakam dan hak-hak dalam perkahwinan.

Kelebihan 3

Coretan ini juga membahaskan hukum hakam munakahat menggunakan pendekatan soal jawab dengan menyelitkan elemen-elemen nasihat dan pedoman berkeluarga.

Kelebihan 4

Rujukan tambahan bagi membincangkan sesuatu isu kritikal tentang fiqah perkahwinan dengan lebih mendalam dan berfokus. Penulisan ini sangat menarik, kemas dan mudah dibaca.