ISBN

978-967-388-222-9

Kod Buku

TBBK 1345

Tarikh Terbit

Jan, 2016

Jumlah Muka Surat

288

Sinopsis

Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita. Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain. Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.

Kelebihan 1

Merungkai pelbagai persoalan mengenai wanita secara komprehensif dan mendalam dan menggunakan laras bahasa yang mudah dan padat untuk difahami oleh pembaca.

Kelebihan 2

Hasil gabungan dua buah buku hebat hasil tulisan pakar fiqh dan al-Faqir ila Allah (Fauwaz), yang mengetengahkan persoalan fiqh wanita, dan diakhiri dengan 14 soal jawab fiqh wanita.

Kelebihan 3

Mengetengahkan lima mazhab iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i, Hanbali dan Zhahiri yang kesemuanya ialah mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

Kelebihan 4

Pendapat mazhab Syafi’i ditekankan untuk memudahkan para pembaca di Malaysia mengetahui dan beramal dengan pendapat imam mereka.

Review/Pertanyaan buku