ISBN

978-967-5102-88-2

Kod Buku

TBBK 1157

Tarikh Terbit

Jan, 2011

Jumlah Muka Surat

748

Sinopsis

Furu’ Al-Masail merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama nusantara terkenal Sheikh Daud Al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Buku Furu’ Al-Masail ini disusun semula oleh Datuk Abu Hassan Din. Menurut pengarang, beliau seringkali merujuk kitab ini apabila berhadapan dengan masalah fiqah.

Khazanah ilmu yang terkandung di dalam Furu’ Al-Masail diharap dapat dikongsi dan ditatap bersama untuk pengetahuan semua. Akhirnya, timbullah keinginan beliau untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.