ISBN

978-967-388- 426-1

Kod Buku

TBBK 1467

Tarikh Terbit

Feb, 2019

Jumlah Muka Surat

148

Sinopsis

Mengikut tafsiran Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Enakmen Keluarga Islam Negeri Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka, Pahang,Perak, Selangor, Perlis dan Kelantan, harta sepencarian bermaksud harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut hukum syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Manakala Enakmen Keluarga Islam Negeri Sembilan pula mentafsirkan harta sepencarian ialah harta yang diperoleh oleh suami isteri sama ada secara langsung atau tidak semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Kelebihan 1

Mengupas tujuan wujudnya konsep dan amalan harta sepencarian adalah bagi menjamin hak-hak yang boleh dituntut oleh pasangan suami isteri apabila berlakunya perkara- perkara di luar jangkaan dalam kehidupan mereka.

Kelebihan 2

Buku harta sepencarian juga boleh dituntut oleh pasangan sama ada suami atau isteri sebelum harta faraid dibahagikan kepada mereka yang berhak menerima harta tersebut mengikut bahagian yang telah ditetapkan.

Kelebihan 3

Kesemua topik yang dikongsikan penulis dalam buku ini adalah dalam bentuk ringkas dan mudah difahami berserta contoh-contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat.