ISBN

978-967-388-085-0

Kod Buku

TBBK 1225

Tarikh Terbit

Jul, 2012

Jumlah Muka Surat

232

Sinopsis

Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah.

Kelebihan 1

Memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan.

Kelebihan 2

Memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemulian) di sisi Allah SWT, juga turut menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman.

Kelebihan 3

Mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT.

Kelebihan 4

Sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman dan sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur