ISBN

978-967-388-224-3

Kod Buku

TBBK 1348

Tarikh Terbit

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat

256

Sinopsis

Cinta dan cita-cita adalah alasan terkuat untuk manusia meneruskan hidup dengan penuh matlamat dan wawasan. Anehnya, dasawarsa ini kita dapat melihat segelintir remaja dan belia yang gagal menggerakkan kedua aspek ini dengan bijak. Akibatnya, muncul pelbagai kebejatan sosial dan runtuhnya akhlak muda-mudi yang lebih mengagungkan cinta bersifat dunia berbanding menggapai cita-cita yang bermatlamatkan akhirat. Cinta yang bermatlamatkan hawa nafsu bakal meranapkan segala cita-cita yang telah dibina dengan segenap jiwa. Sedangkan cinta yang hadir dengan cita-cita positif bakal membuahkan kejayaan bukan sahaja di dunia malahan lebih indah di akhirat sana.

Kelebihan 1

Coretan penulis ini akan mengupas bagaimana kita mampu mengawal perasaan cinta tanpa mengganggu gugat hasrat dan impian dalam apa jua yang ingin dicapai.

Kelebihan 2

Buku ini juga dapat memberi suntikan semangat serta ransangan untuk memiliki makna yang sebenar dalam kehidupan untuk memahami apa itu cinta dan cita-cita yang tersusun melalui pendekatan wahyu, agama dan psikologi remaja.

Kelebihan 3

Gaya bahasa yang santai dan menarik. Huraian yang padat, mudah difahami dan ringkas.

Kelebihan 4

Sesuai untuk semua lapisan masyarakat khususnya remaja dan pelajar.