Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean

ISBN

978-967-388-075-1

Kod Buku

TBBK 1215

Tarikh Terbit

Mar, 2012

Jumlah Muka Surat

144

Sinopsis

Kumpulan Cerpen Bayu Dingin Mediterranean menghimpunkan 15 buah cerpen yang rata-ratanya berlatarbelakangkan suasana kehidupan Timur Tengah. Himpunan cerpen ini digarap dengan penuh berhemah oleh penulis yang berbakat besar, Zaid Akhtar sebagai usaha melaksanakan tanggungjawab dakwahnya. Penginterpretasian mesej yang ringkas dan menarik dapat mendidik pembaca menggunakan kebijaksanaan menyelongkar makna tersirat.
Bayu Dingin Mediterranean mengungkap erti-erti perjuangan. Perjuangan hadir dalam diri setiap manusia. Perjuangan secara literasinya menampakkan ciri-ciri semangat juang berbekalkan senjata di tangan. Namun, perjuangan bukan pertempuran di medan perang semata-mata. Sebaliknya, Zaid Akhtar menginterpretasikan perjuangan dalam segenap aspek kehidupan manusia. Perjuangan mempertahankan hak kemanusiaan yang dirampas sewenangnya, perjuangan memperteguh nafsu kendiri, perjuangan meraih cinta dan kasih sesama manusia, perjuangan mendedahkan dan menegakkan sebuah kebenaran dan perjuangan abadi mengharap cinta Allah dan Rasul-Nya.