Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak, sukatan yang mudah dengan menggunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip-tip ringkas sebagai panduan. Keistimewaan buku ini bukan saja pada jenis resipi yang diberikan malah lebih daripada itu. Buku ini diinspirasikan oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak juga. Ingatlah, pelaburan ini amat besar ertinya buat anda dan anak-anak anda malah cucu-cucu anda juga.