ISBN

978-967-388-239-7

Kod Buku

TBBK 1365

Tarikh Terbit

Jun, 2016

Jumlah Muka Surat

400

Sinopsis

Solat ialah rukun Islam yang kedua selepas syahadah. Kefarduan solat yang istimewa – direct daripada Allah – cukup untuk menggambarkan keagungannya di sisi Islam. Solat merupakan penghubung utama manusia dengan Rabnya. Pendek kata, jika baik solat seseorang, maka baiklah hubungannya dengan Allah

Solat itu sebaik-baiknya dikerjakan dengan berjemaah. Bagi mereka yang mengerjakan solat fardu secara berjemaah mendapat kelebihan yang amat besar. Ia melambangkan syiar Islam yang mementingkan persaudaraan sesama Muslim, memperteguh dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah.

Kelebihan 1

Risalah ini memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai hukum-hakam solat berjemaah, khasnya yang berkaitan dengan perbahasan muafik dan masbuk.

Kelebihan 2

Buku ini menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan dengan permasalahan muafik dan masbuk yang bukan tertumpu kepada solat fardu sahaja, bahkan solat-solat selain fardu.

Kelebihan 3

Boleh menjadi panduan dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Kelebihan 4

Risalah yang jelas, padat dan ringkas untuk dibaca dan difahami.