Buku Munyatul Musolli ini membicarakan perkara-perkara asas tentang solat berdasarkan mazhab Imam Syafi‘i. Risalah ini turut diselitkan dengan perbahasan tanggungjawab pemimpin yang disadur daripada kitab Siraj al-Muluk. Sementara itu, di akhir kitab ini disertakan juga kitab al- Bahjah al Mardhiyyah yang membicarakan persoalan perihal imam dan makmum.
Digandingkan dengan edisi pengalihan kepada bahasa Melayu moden supaya lebih mudah difahami oleh generasi baharu memandangkan ia menggunakan bahasa Melayu Patani lama.
Merangkumkan isi kitab dan perbahasan dengan bahasa yang lebih jelas dan mudah dihadam. Menerangkan secara terperinci tentang kepentingan solat dan kedudukannya dalam diri setiap insan.
Menampilkan ulasan ringkas pentahqiq yang berwibawa, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman yang membawakan sumber asal pengambilan pengarang, dalil-dalil serta takhrij hadis serta ulasan ulama muktabar daripada pelbagai sumber dan sebagainya.
Sesuai dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan, begitu juga di kelas-kelas pengajian dan di mana-mana sahaja anda berada.