ISBN

978-967-388-358-5

Kod Buku

TBBK 1437

Tarikh Terbit

Feb, 2018

Jumlah Muka Surat

184

Sinopsis

Hakikatnya surah al-Kahfi mengisahkan tentang empat kisah yang menjadi tunjang dalam pembangunan masyarakat yang boleh diambil iktibar oleh masyarakat hari ini. Kisah-kisah terdahulu yang disebutkan Allah dalam al-Quran bukan sekadar hiasan ataupun rentetan sejarah. Namun, ia perlu dijadikan ibrah sepanjang zaman. Begitulah juga didikan serta motivasi yang diberikan Allah kepada pesuruh-nya. Setiap kali terdapat tentangan yang kuat daripada musuh Nabi, Allah akan memberikan semangat kepada Nabi untuk terus berdakwah.

Kelebihan 1

Surah ini juga merupakan surah yang memfokuskan tentang perbincangan akidah. Sesungguhnya kisah yang Allah kemukakan dalam al-Quran merupakan kisah-kisah yang terbaik serta banyak pengajaran yang dapat diambil daripadanya.

Kelebihan 2

Mempunyai empat kisah surah utama yang berbeza yang merangkumi ASHAB AL-KAHFI (pemuda- pemuda yang teguh iman), SI PEMILIK KEBUN (masyarakat yang aktif melaksanakan amar makruf nahi mungkar), NABI MUSA DAN KHIDIR(mengambil berat tentang ilmu) dan ZULQARNAIN SERTA YAKJUJ DAN MAKJUJ (pemimpin yang tawaduk).

Kelebihan 3

Sesuai untuk seisi keluarga untuk dikongsi dan dibaca bersama kerana Surah al-Kahfi merupakan antara surah yang menceritakan tentang fitnah atau ujian yang sangat besar dan dahsyat di sebalik empat buah kisah dalam surah ini.

Review/Pertanyaan buku