Rahsia Kematian Alam Barzakh Dan Roh
RM18.00
Tiada Stok

ISBN

978-967-388-092-8

Kod Buku

TBBK 1232

Tarikh Terbit

Sep, 2012

Jumlah Muka Surat

168

Sinopsis

Kematian di dunia adalah permulaan kepada kehidupan di alam barzakh. Tiada siapa yang mengetahui hakikat sebenarnya melainkan Allah SWT. Berita-berita kedahsyatan kiamat kecil ini serta gegak gempitanya kehidupan di alam barzakh hanyalah dikutip daripada mutiara-mutiara hadis baginda Nabi Muhammad SAW yang berbicara dengan panduan wahyu Ilahi. Tiada siapa boleh menceritakan betapa sakitnya saat kematian kerana mereka sudah berpindah ke alam yang lain. Tiada siapa juga boleh mengkhabarkan keadaan di alam barzakh kerana mereka sudah tidak boleh kembali ke alam yang fana ini. Justeru, manusia tiada pilihan lain melainkan beriman dan meyakini perkara ini dengan pertimbangan mata hati, bukannya dengan mata kepala. Buku ini disusun dan diolah sebagai tazkirah dan peringatan buat manusia agar tidak lalai dan leka daripada menginsafi kehidupan selepas kematian. Buku ini padat dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang memberikan gambaran jelas berkenaan kematian dan kehidupan selepasnya. Buku ini juga membawa pembaca mengembara sejenak ke alam barzakh dengan fakta dan penceritaan yang membawa keinsafan. Sedarlah, dunia ini hanya sebuah trek perlumbaan buat kita menuju ke garisan penamat di akhirat.