ISBN

978-967-388-214-4

Kod Buku

TBBK 1340

Tarikh Terbit

Nov, 2015

Jumlah Muka Surat

288

Sinopsis

Akidah merupakan tunjang kepada umat Islam. Sejak kecil lagi kita dipasakkan dengan keteguhan Islam dan iman berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang diajar oleh al-Quran dan hadis. Sudah tentulah perkara paling utama ialah mengakui dengan sepenuh hati bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT.

Oleh itu, tidak dinafikan, setiap individu Muslim wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah agar dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya. Konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah. Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

Kelebihan 1

Menerapkan konsep dan dasar akidah Islam bagi memantapkan akidah seseorang.

Kelebihan 2

Padat dengan penjelasan dan huraian bagi memudahkan pemahaman pembaca.

Kelebihan 3

Terjemahan yang lengkap serta mudah difahami bagi setiap rangkap matan.

Kelebihan 4

Dipersembahkan dengan reka bentuk yang menarik, ringkas dan kemas.