ISBN

978-967-388-098-0

Kod Buku

TBBK 1236

Tarikh Terbit

Sep, 2012

Jumlah Muka Surat

208

Sinopsis

Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka erti kehidupan. Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa. Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa. Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya?

Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti. “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.” Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap

kepada sebuah perasaan yang indah. Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.