ISBN

978-967-388-207-6

Kod Buku

TBBK 1338

Tarikh Terbit

Oct, 2015

Jumlah Muka Surat

264

Sinopsis

Kebanyakan kita mungkin beranggapan solat sebagai bebanan dan tanggungjawab semata-mata yang mahu dilepaskan untuk mengelakkan diri daripada dosa. Sebaliknya, persepsi yang sebenar ialah solat merupakan hadiah yang paling berharga daripada Tuhan untuk kita bermunajat dengan-Nya.
Hal solat ini sangat penting untuk difahami agar solat kita bukan hanya semata-mata pergerakan anggota badan yang zahir. Bahkan melangkaui kepada suatu amal yang bermakna dan bernilai maknawi dan spiritual. Inilah tuntutan yang disebut dalam al-Quran.

Kelebihan 1

Menjelaskan pengertian solat, faedah dan kepentingannya bagi seorang Muslim.

Kelebihan 2

Menerangkan makna di sebalik bacaan dan zikir yang disyariatkan dalam solat.

Kelebihan 3

Membahaskan sebahagian solat terpilih seperti solat duha, solat rawatib dan sebagainya.

Kelebihan 4

Memberi solusi berkesan kepada beberapa permasalahan yang berlaku dalam masyarakat berkaitan solat seumpama was-was dalam solat, solat orang sakit, jamak dan lain-lain lagi.