ISBN

978-967-388-266-3

Kod Buku

TBBK 1386

Tarikh Terbit

Dec, 2016

Jumlah Muka Surat

232

Sinopsis

Buku Seni Dakwah Kontemporari karangan Dato’ Ustaz Badli Shah bin Alauddin yang tidak asing lagi merupakan kompilasi artikel beliau yang membahaskan tentang fiqah berdakwah. Sebuah karya yang boleh dianggap sebagai madkhal atau tasawur am tentang fiqh dakwah khususnya dalam medan dakwah di negara kita. Diharapkan, moga-moga kompilasi artikel yang diterbitkan ini dapat menjadi khidmat dan panduan kepada umat Islam khususnya para pendakwah dalam usaha memahami erti dan nilai sebuah tanggungjawab dakwah. Semoga keyakinan kita terhadap kejituan strategi yang telah kita sepakati bersama ini akan terus bertambah kukuh dan tidak akan goncang sedikit pun dalam menghadapi segala ragam reaksi lawmata la’im umpat keji orang yang tidak mengerti betapa tinggi dan murninya martabat dakwah dalam neraca penilaian Ilahi.