ISBN

978-967-5102-27-1

Kod Buku

TBBK 1077

Tarikh Terbit

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat

352

Sinopsis

Hakikat kehidupan ini ialah pendakian dari tanah yang mendatar menuju ke satu puncak yang kita namakan sebagai kemuncak hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya. Ketika di puncak itu, setiap yang lahir dari nafas serta gerak sendi seseorang semuanya ditujukan hanya semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Buku ini diterbitkan agar kita semua melangkah dalam pencarian dan penyucian diri dengan bimbingan ilmu yang diolah hasil kefahaman para ilmuwan mengenainya. Coretan buku ini juga sekurang-kurangnya pembaca dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan aliran-aliran yang mendakwa bertujuan menyucikan hati, namun sebenarnya jauh tersasar daripada prinsip-prinsip umum yang telah digariskan dalam sumber syariat Islam.

Kelebihan 1

Buku ini disusun dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan para pembaca untuk memahami seterusnya merungkaikan persoalan- persoalan yang tersimpan dalam fikiran kita.

Kelebihan 2

  • Gaya bahasa yang santai dan ringkas membuatkan pembaca mudah memahami isi kandunagn buku tersebut.