ISBN

978-967-5102-12-7

Kod Buku

TBBK 1082A

Tarikh Terbit

Feb, 2014

Jumlah Muka Surat

200

Sinopsis

Islam menuntut supaya setiap penganutnya menjaga kesucian dan kebersihan jasmani dan rohani. Kesucian dan kebersihan adalah asas utama kesempurnaan ibadah seseorang. Bagi melaksanakan tuntutan tersebut, Islam telah menentukan garis panduan untuk bersuci. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri sama ada anggota badan, fikiran, makanan, tempat tinggal dan alam sekitar bersesuaian dengan Islam yang merupakan agama yang suci. Kesucian dan kebersihan di dalam ibadah hendaklah dijelmakan dalam aktiviti harian kita. Allah S.W.T amat mengasihi orang yang sentiasa mejaga kesucian dan kebersihan bersesuaian dengan firman-Nya dalam Al-Quran surah Al-Baqarah: 222. Oleh itu, secara ringkasnya buku ini merungkai persoalan masyarakat umum tentang bersuci (taharah).

Kelebihan 1

Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalanan remeh-temeh berkaitan TAHARAH (Bersuci) yang kadang-kadang anda malu untuk bertanya.

Kelebihan 2

Buku ini disampai dalam bentuk soal jawab santai bagi memudahkan pembaca untuk memahami taharah dengan lebih jelas lagi.

Kelebihan 3

Ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja terutama para remaja/pelajar yang ingin mengetahui kaedah bersuci dengan lebih mendalam.

Kelebihan 4

Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk ustaz/ustazah ketika mengajar bab bersuci.