Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya
RM19.90
Tiada Stok

ISBN

978-983-3494-80-4

Kod Buku

TBBK 1052

Tarikh Terbit

Jun, 2007

Jumlah Muka Surat

216

Sinopsis

Perasaan malu masyarakat kita tentang membicarakan masalah seks masih menebal. Bukan sahaja menjawab persoalan seks, malah bertanya tentang seks pun kita masih belum berfikiran terbuka. Ini disebabkan perbicaraan mengenai seks di kalangan ahli keluarga amat jarang-jarang sekali diutarakan. Ada yang tidak pernah membicarakan soal ini. Ada yang lebih teruk lagi yang berpendapat  isu ini tidak releven. Perasaan ini boleh membawa pelbagai komplikasi buruk kepada semua lapisan masyarakat sama ada kepada golongan remaja, orang dewasa mahupun ibu bapa. Buku ini membicarakan pelbagai isu-isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menjadi tabu kepada masyarakat di negara kita. Kepada para ibu bapa yang malu menjawab pertanyaan anak, guru-guru yang malu berterus terang kepada murid-murid tentang masalah remeh-temeh seks, lebih-lebih lagi para pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan pasangan-pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaiannya. Jangan biarkan persoalan berkenaan seks terus membelenggu diri dan fikiran sehingga menjadi barah dalam hidup anda.