ISBN

978-967-388-138-3

Kod Buku

TBBK 1274

Tarikh Terbit

Nov, 2013

Jumlah Muka Surat

160

Sinopsis

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat.

Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.