ISBN

9555-056-300-365

Kod Buku

TBBK 1432

Tarikh Terbit

Feb, 2018

Jumlah Muka Surat

40

Sinopsis

Surah al-Kafhi adalah surah ke-18 di dalam al-Quran, juzuk yang ke-15, yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 110 ayat. Oleh sebab diturunkan di Mekah, maka kebanyakkan isi kandungannya menerangkan tentang KEBENARAN al-Quran, menegaskan dasar tauhid kepada Allah dan iman, menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi dan menekankan konsep amal soleh serta kesannya kepada individu dan keluarganya.

Konsep RAHMAT Allah mendominasi seluruh serita yang diperkenalkan dalam surah ini. Cerita pertama ialah mengenai “Ashabul Kahfi”, dengan pendekatannya adalah ke arah keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Cerita yang kedua melibatkan sebuah kebun dan dua orang individu; seorang daripadanya beriman dengan Allah dan seorang lagi tidak beriman. Cerita ketiga pula mengisahkan Nabi Musa dengan seorang individu soleh daripada kalangan wali Allah, yang ditemui di pinggir laut dan perjalanan mereka itu dikaitkan dengan iman kepda Allah. Cerita terakhir yang dibentangkan dalam surah ini ialah mengenai perjalanan Zulqarnain dan penaklukan empayarnya di timur dan barat. Kesemua cerita ini mengundang penelitian kita kepada amal soleh dan iman pada Allah serta rahmat-nya.

Surah ini diakhiri dengan menjelaskan konsep keluasan KUASA Allah, dan perintahnya-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar beliau memperakui bahawa Baginda HANYALAH seorang manusia dan TIDAK LEBIH dari itu, yang menanggung tugas-tugasan tertentu daripada Allah untuk kebajikan manusia. “Sesiapa yang ingin menemui Allah, maka perbanyakkanlah membuat amal soleh dan JAUHKANLAH diri daripada syirik dalam beribadah kepada-Nya”.

Review/Pertanyaan buku