ISBN

978-967-388-356-1

Kod Buku

TBBK 1436

Tarikh Terbit

Feb, 2018

Jumlah Muka Surat

176

Sinopsis

Ilmu tafsir al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir Al-Jalalain yang dikarang oleh dua Imam Jalaluddin as-Suyuti (849-911 Hijrah), rahimahumallahu ta’ala.

Kelebihan 1

Beberapa tajuk penting tentang Tafsir al-Jalain dan Surah Yasin dibahaskan dalam pendahuluan buku ini secara ilmiah.Terjemahan perkata, iaitu setiap perkataan dalam setiap ayat diterjemahkan berdasarkan makna asalnya.

Kelebihan 2

Semua penjelasan bahasa, nahu, sorof, balaghah, qiraat dan sebagainya diasingkan dan disebutkan dalam notakaki, supaya pembaca awam tidak rasa terbeban dengan maklumat-maklumat tersebut.

Kelebihan 3

Hadis-hadis yang ada dalam Tafsir al-Jalalain rhm. disebutkan takhrijnya dalam ruangan notakaki.

Kelebihan 4

Di akhir tafsir sesuatu kelompok ayat, terdapat mafhum kelompok ayat terbabit, supaya pembaca dapat memahami kandungan ayat-ayat tersebut dengan lebih mudah dan jelas, sebagai urusan kepada terjemahan perkata dan terjemahan Tafsir al-Jalalain yang telah disebutkan sebelum itu.

Review/Pertanyaan buku