ISBN

978-967-388-189-5

Kod Buku

TBBK 1319

Tarikh Terbit

Mar, 2015

Jumlah Muka Surat

228

Sinopsis

Dengan rasa syukur kepada Allah, buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini dapat kami sempurnakan serta terbitkan buat bacaan para pembaca yang dikasihi. Buku ini sudah tentu sangat bernilai bagi mereka yang sedang mencari-cari informasi berkaitan penjagaan kesihatan gigi. Tidak terhenti setakat itu, buku ini turut disertakan dengan amalan sunah serta saranan Rasulullah dalam menjaga kebersihan gigi, seterusnya dilengkapkan dengan beberapa hukum-hakam berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai.

Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqah pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah dalam menjaga kesihatan gigi. Justeru, pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memeliharakk kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.

Buku ini sudah tentu sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama, bukan sahaja disebabkan ditulis oleh golongan profesional yang berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan, bahkan penulisan berkaitan kesihatan gigi ini sangat jarang beredar dalam dunia bacaan masyarakat kita, biarpun tidak pernah dinafikan kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam.

Kelebihan 1

Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqah pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah dalam menjaga kesihatan gigi.

Kelebihan 2

Pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memeliharakk kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.

Kelebihan 3

Sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama

Kelebihan 4

Disertakan dengan amalan sunah serta saranan Rasulullah dalam menjaga kebersihan gigi.

Promo