Tarbiah Anak Anak Dengan Zikir Dan Doa
RM12.00
Tiada Stok

ISBN

978-967-5102-23-3

Kod Buku

TBBK 1092

Tarikh Terbit

Dec, 2008

Jumlah Muka Surat

136

Sinopsis

Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:

 

KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.

KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran.

KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.

ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.