ISBN

978-967-388-506-0

Kod Buku

TBBK 1489

Tarikh Terbit

Dec, 2019

Jumlah Muka Surat

496

Sinopsis

Terjemahan Inti Sari Matan al-Zubad ialah matan syair yang padat dengan asas fiqh dalam setiap bab fiqh yang wujud. Matan ini mendapat perhatian kebanyakan ulama Syafi‘i untuk disyarahkan agar dapat difahami dan diamalkan oleh para pelajar dan penganut agama Islam.

Matan al-Zubad yang disusun oleh Imam Ibn Roslan telah menerima sambutan memberangsangkan yang hampir sama dengan Matan Abi Syuja’. Perbahasan fiqh dalam Matan al-Zubad adalah lebih luas daripada Matan Abi Syuja’. Bahkan, ia mempunyai kelainan pada susunannya dengan meletakkan perbahasan asas Usul Fiqh dan akidah Ahli Sunah Waljamaah pada permulaan matan tersebut sebagai pembuka bicara perbahasan fiqhnya.

Kelebihan 1

Dapat dijadikan panduan serta rujukan di pusat pengajian tinggi, sekolah, perpustakaan mahupun pusat tahfiz untuk lebih mendalami ilmu tentang hukum-hakam syariah.

Kelebihan 2

Boleh menjadi pedoman buat para remaja untuk menghayati hukum-hakam berkaitan mazhab al-Syafi‘i sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam kehidupan yang lebih mencabar suatu hari nanti.

Kelebihan 3

Dapat dijadikan cenderahati kepada pelajar di peringkat menengah dengan harapan mereka akan tertarik untuk mendalami ilmu yang mampu membentuk diri mereka menjadi insan yang berjaya, bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.  

Buku yang mungkin anda minat