Fiqah Kebahagian

Nombor Isu:

33

Tarikh Terbit:

Jan, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Majalah al-Ustaz membuka tirai 2015 dengan beberapa pembaharuan. Salah satunya ialah teknologi Augmented Reality (AR) yang digunakan untuk membuat per- sembahan lebih interaktif dan menarik. Pembaca boleh melihat pembaharuan ini dalam lima muka surat. Iaitu muka hadapan (cover), kolum Fiqah Hadis, kolum Jejak Fuqaha, satu ruang iklan dan kolum Munajat.

Cuba anda imbas muka surat tersebut dan saksikan sendiri kelainan yang kami bawakan dalam keluaran kali ini. Kami bercadang untuk menambah bilangan muka surat yang dilengkapi dengan teknologi AR pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, kami terus komited untuk konsisten meningkatkan kualiti persembahan.

Pembaharuan yang kami bawakan ini selari dengan pendirian kami yang selalu berusaha menggabungkan antara ketulenan dak- wah dan kecanggihan teknologi. Kami berpandangan teknologi bukan untuk dimusuhi, tetapi mesti dimanfaatkan untuk kebaikan Islam.

Mesej Islam yang indah akan menjadi semakin indah apabila disampaikan dengan kemasan yang menarik. Justeru dengan ban- tuan teknologi ini, kami berharap mesej yang kami sampaikan lebih berkesan di hati para pembaca.

Selamat meneroka majalah al-Ustaz yang baharu.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Fiqah Kebahagian

Setiap manusia mencari­cari kebahagiaan dalam hidup mereka. Namun, tidak semua manusia memperolehnya. Sebabnya, mereka tidak mengetahui dan memahami konsep kebahagiaan yang sebenar. Akibatnya, mereka tersalah apabila mencari kebahagiaan bukan pada tempatnya. Justeru, mari kita fahami fiqah kebahagiaan daripada perspektif para ulama Islam agar kebahagiaan hakiki itu dapat kita kecapi.

Kesenangan yang Memperdaya

Alhamdulillah, saya orang berada. Saya memiliki kereta mewah, rumah besar, jawatan yang baik. Pendek kata, semuanya saya ada. Namun saya masih rasa kosong. Saya mengaku bahawa saya kurang mengambil berat berkenaan sembahyang, membaca al-Quran dan ilmu agama. Adakah ini penyebabnya?

Kunci Bahagia

Para ulama dan pemikir Islam sepakat bahawa kunci kebahagiaan ialah berdamai dengan Allah. Apabila hati dan minda telah tunduk sepenuhnya kepada petunjuk Ilahi, maka kebahagiaan pasti berputik di jiwa.