Ayuh Hargai Alam

Nombor Isu:

35

Tarikh Terbit:

Mar, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Pada tahun 2010, Persatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (International Union for Conservation of Nature -IUCN) mengeluarkan senarai nama haiwan-haiwan yang diancam kepupusan. Senarai tersebut mengandungi 9,618 speies haiwan dan 12,914 jenis tumbuh-tumbuhan. Kesemuanya berada pada tahap kritikal dan memerlukan penyelesaian segera.

Sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam, apakah peranan Muslim berkenaan perkara ini? Jika kita tidak mampu mengubahnya, ­sekurang­-kurangnya ­kita­ mesti­ sedar tanggungjawab­ kita­ dan­ mengubah ­cara­ hidup ­kita­ menjadi­ lebih­ mesra­ alam.

Membuang ­sampah ­merata­-rata, ­merokok­ di­tempat ­awam­ dan ­menggunakan­ air­s ecara ­berlebihan­ adalah­ gaya­ hidup­ yang­ mesti diubah. Kerana ia bukan hanya merosakkan alam, malah bertentangan dengan ajaran Islam.

Hukum agama bukan hanya berkaitan dengan ibadat ritual. Tetapi­ia­juga­membincangkan­isu­isu­besar­yang­menjadi­ keperihatinan­umat­manusia­sejagat.­Bahkan­salah­satu­tanda­ keimanan seseorang adalah memelihara alam sekitar kerana alam juga makhluk Allah seperti manusia.

Abu ­Sulaiman­ al­-Darani ­berkata:­ “Reda­ kepada­ ketentuan ­Allah­ dan mengasihi makhluk Allah merupakan darjat para rasul.” Mari ­kita ­sama-­sama­ menjadi Muslim yang prihatin kepada alam, juga mengasihi dan dikasihi mahluk.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Islam sangat mementingkan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Merosakkan alam dan membunuh haiwan tanpa keperluan merupakan suatu dosa. Sebaliknya menjaga dan memulihara kelestarian alam adalah satu ibadah. 

Hukum-Hakam Menanam Pokok

Dari sudut sains, antara peranan pokok ialah membekalkan oksigen kepada hidupan, menjadi teduhan dan mengindahkan alam. Dari sudut pandangan Islam, apakah kele- bihan menanam pokok?

Dalam Islam, menanam pokok memberikan manfaat yang sangat banyak. Penanamnya bukan hanya memetik buahnya, malah akan berterusan memetik pahalanya. Selagi mana pokok tersebut memberi manfaat kepada seluruh makhluk, selagi itu juga pahalanya mengalir untuk penanamnya.

Pelihara Udara, Air & Haiwan

Kebersihan udara amat penting untuk semua manusia. Namun kualiti udara di negara kita masih belum memuaskan. Di sana sini berlaku pembakaran, asap dari enjin kenderaan dan kilang-kilang dan banyak lagi. Bagaimana Islam melihat situasi ini?

Para fuqaha sepakat bahawa udara adalah milik bersama. Setiap manusia mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan udara segar bagi pernafasan mereka. Justeru setiap perbuatan yang boleh merosakkan kebersihan udara, hukumnya haram.­Kerana­ia­akan­menjejaskan­kesiha­ tan dirinya dan orang lain. Pelakunya dikira telah melakukan satu perbuatan jenayah yang layak dihukum.

10 Langkah Menyayangi Alam

Sentiasa muhasabah diri bahawa segala yang ada di sekeliling kita ini ciptaan Allah yang dipinjamkan untuk kita.