Salah Faham Jihad

Nombor Isu:

36

Tarikh Terbit:

Apr, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Dalam satu ceramah yang saya hadiri di Damsyik, Syria, Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Saya pernah bertanya kepada para pemuda; siapa yang bersedia mati di jalan Allah? Ramai yang berdiri dan mengangkat tangan dengan penuh semangat.

“Namun apabila saya bertanya, siapa yang bersedia hidup di jalan Allah? Ramai yang ragu-ragu mengangkat tangannya.”

Jihad terbesar bukanlah mengejar mati syahid. Namun jihad terbesar ialah berusaha untuk hidup di atas syariat Allah secara istiqamah hingga maut menjemput. Dan berusaha menghidupkan umat manusia untuk menuju Allah. Inilah hakikat jihad yang sebenar.

Salah faham mengenai konsep jihad membuat Islam dilabel ganas dan haus darah. Ramai juga yang melihat Islam serupa dengan keganasan. Padahal Islam agama cinta. Islam bercita-cita mewujudkan kedamaian di atas muka bumi. Sebagaimana sabda Nabi: “Seorang Muslim ialah orang yang menjaga orang lain daripada gangguan lidah dan tangannya.”

Kupasan al-Ustaz kali ini bertujuan membetulkan salah faham mengenai konsep jihad. Kami meminta Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil menulis dua isu berkenaan dengan perkara ini, sebahagiannya diambil daripada buku beliau, Ringkasan Fiqh Jihad.

Kami berharap kupasan kali ini memberikan penjelasan lengkap tentang salah satu aspek terpenting agama Islam yang sering disalah fahami.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Salah Faham Tentang Jihad

Perkataan jihad hangat diperbincangkan ketika ini gara- gara beberapa insiden yang berlaku berkaitan umat Islam. Media menyebutkannya dalam pelbagai konteks dan situasi. Dari situ, jelaslah bahawa ternyata konsep jihad masih sangat samar dan sering disalahfahami. Malah besar kemungkinan, orang yang paling sering menyebut kata jihad ialah orang yang paling kurang memahaminya.  Dalam perbincangan ini, mari kita dalami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan jihad.

Tolak Keganasan, Sebarkan kedamaian

Keahaman jihad yang terbatas kepada peperangan adalah salah dan bertentangan dengan ajaran al­Quran dan sunnah Nabi. Jika kita membaca ayat­ayat Makkiyah dalam al­Quran, peperangan belum difardukan ketika itu. Namun jihad telah disebutkan dalam surah al­Furqan. Allah berfirman: “Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang kafir. Dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh­sungguh.” (Surah al­Furqan: 52)

Islam Agama Rahmat

Mengapa ada dakwaan mengatakan umat Islam berperang untuk merebut kuasa dan kekayaan?
Ini dakwaan yang tidak adil. Ia satu fitnah yang tidak mempunyai asas dan hujah yang kuat. Matlamat peperangan dalam Islam sangat jelas, iaitu mempertahankan akidah dan menentang kezaliman. Buktinya, firman Allah: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah orang­orang yang memerangi kamu. Janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan). Sesung­uhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 190)

Islam Mencintai Keamanan

Islam tidak pernah menyukai peperangan. Peperangan hanya dilancarkan jika umat Islam diancam dan diserang oleh musuh Islam. Apa lagi bukti yang menunjukkan Islam mencintai keamanan dan membenci peperangan?