Beli Syurga Dengan Harta

Nombor Isu:

37

Tarikh Terbit:

May, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

"Setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah sebahagian limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.” (Surah al-Jum’ah: 10)

Demikian firman Allah dalam al-Quran. Ayat ini seolah-olah mengingatkan bahawa dalam kesibukan kita beribadah, usaha mencari rezeki usah dilupakan. Allah menyebut harta sebagai “limpah karunia Allah”.

Ayat ini sekaligus membantah sangkaan bahawa ibadah dan harta tidak boleh bersatu. Kupasan al-Ustaz bulan ini untuk mengingatkan kita bahawa harta dan agama saling melengkapi. Kedua-duanya sangat penting dalam hidup seorang Muslim.

Memiliki harta tanpa agama akan menjerumuskan ke neraka. Kerana orang tersebut akan hanyut dalam aktiviti yang membinasakan diri dan imannya.

Sebaliknya, agama tanpa harta akan menutup banyak peluang ibadah. Tanpa harta, seseorang tidak akan mendapat pahala wakaf yang terus mengalir. Tanpa harta, seseorang tidak dapat melaksanakan haji dan umrah. Menuntut ilmu juga memerlukan kos yang tidak sedikit.

Ilmu agama mesti menjadi panduan dalam pengurusan harta. Dengan begitu, harta tersebut akan membawa kita ke syurga.

Selamat membaca dan beramal!

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Beli Syurga dengan Harta

Ramai Muslim yang masih salah faham mengenai harta. Ada yang menjadi pencinta harta sehingga melupakan akhirat. Ada pula yang memandang serong kepadanya lalu tidak berusaha untuk memilikinya. Sebenarnya dalam Islam, harta mempunyai banyak manfaat. Malah dengan harta, seorang Muslim boleh ‘membeli’ kediaman termahal; syurga.

Kaya Harta Kaya Pahala

Dalam dunia perniagaan, pelaburan terbaik adalah yang memberi pu- langan maksimum dengan modal minimum. Pelaburan akhirat juga begitu. Amalan yang sedikit namun memberi pu- langan pahala yang banyak dan berkekalan adalah pelaburan akhirat terbaik.

Jutawan Islam

Ramai hartawan dan jutawan yang hidup sepanjang sejarah Islam. Mereka menguasai empayar perniagaan hingga memperoleh kekayaan melimpah-ruah. Namun begitu, mereka sangat komited dengan Islam dan menggunakan harta tersebut untuk membantu umat Islam. Inilah sebahagian kisah jutawan dermawan masa silam. Teladanilah sifat dan tekad mereka. Sematkan azam dalam hati untuk mengikut jejak langkah mereka.

Jutawa yang di Jamin Masuk Syurga

Menceburi bidang perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah pernah ditanya: “Apakah pekerjaan yang terbaik?” Baginda menjawab: “Seseorang yang menggunakan kemahiran tangannya dan setiap jual beli yang halal.” (Riwayat Ahmad)