Berkata Baik Atau Diam

Nombor Isu:

38

Tarikh Terbit:

Jun, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Satu perkataan mungkin mudah diucapkan. Namun ada kalanya perkataan yang ringan ini sangat besar kesannya. Kerananya, iman boleh ter- batal. Kata pepatah, ‘kerana lidah, badan binasa’.

Rasulullah bersabda: “Ter- kadang seseorang mengucapkan satu perkataan yang dirasakan sangat remeh. Tetapi kerana perkataan itu, ia akan terjerumus ke dalam neraka jahanam.” (Riwayat al-Bukhari) Sebuah perkataan boleh merawat hati yang terluka. Kesedihan boleh hilang dengan kata-kata yang menenangkan. Putus asa boleh

pudar dek kata-kata semangat. Sungguh besar kesan perkataan dalam kehidupan. Justeru, pastikan hanya perkataan positif yang kita tuturkan. Pilihlah untuk diam jika hanya kata-kata tidak elok yang akan

kita bicarakan. Pesan Rasulullah: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, bercakaplah yang baik, atau diam.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Fiqah Komunikasi

Komunikasi ialah salah satu kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan manusia lain dengan pelbagai cara. Ketika berkomunikasi, terkadang berlaku perkara yang diharamkan sehingga menyebabkan hati orang lain terluka. Islam mengatur adab dan tatacara berkomunikasi agar perbincangan membuahkan pahala, bukan menambah dosa.

Kaedah Berkomunikasi dengan Berkesan

Islam tidak menyukai orang yang bermasam muka dan enggan bertegur sapa. Sebaliknya, Islam menginginkan umatnya akrab antara satu sama lain. Rasulullah bersabda: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Kamu tidak akan beriman sebelum saling mencintai. Mahukah aku ajarkan sesuatu yang jika kamu lakukan, kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kalian.” (Riwayat Muslim) 
Dalam komunikasi, ucapan salam boleh menjadi pembuka bicara (ice breaker). Dengan salam, dua orang yang sebelumnya saling tidak mengenali menjadi mesra dan bertegur sapa

Komunikasi Terlarang

Secara asalnya, setiap perkara yang dapat menambah keakraban dibenar- kan dalam Islam. Salah satunya ialah bersalaman apabila berjumpa sahabat, saudara ataupun rakan-rakan. Budaya ini sangat baik dan telah diamalkan sejak zaman Nabi. Qatadah berkata: “Aku bertanya kepada Anas bin Malik: ‘Adakah bersalaman telah diamalkan oleh para sahabat Nabi?’ Beliau menjawab: ‘Ya’.” (Riwayat al-Bukhari)

Rahsia Komunikasi Rasullah

Gaya dan cara Rasulullah berbicara sangat mempesona sehingga membuatkan orang lain rasa tertarik untuk mendengarnya. Apakah rahsianya?

Promo