Doa & Zikir

Nombor Isu:

39

Tarikh Terbit:

Jul, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Kata pujangga: "Sesiapa yang mencintai sesuatu, ia akan selalu menyebut-nyebutnya"Inilah yang berlaku kepada semua kekasih Allah. Zikir dan doa selalu memenuhi hati dan menghiasi lidah mereka. Begitu juga Rasulullah. Siti Aisyah menyatakan: " Rasulullah selalu berzikir pada setiap masa.” (Riwayat Muslim)

Zikir dan doa dilakukan tidak mengenal masa. Namun Ramadan adalah salah satu saat paling tepat untuk mempraktikkannya. Justeru, sejak awal tahun kami merencana topik ini untuk dijadikan bacaan pada bulan suci ini.

Baru-baru ini, isu tarekat dan zikir menari hangat diperbahaskan oleh pelbagai pihak. Ada yang menyokong, dan tidak kurang juga yang menolaknya. Maka amat sesuailah jika kami menyentuh sebahagian daripadanya.

Namun ditegaskan, kontroversi bukanlah minat kami. Umat Islam lebih perlu diajak untuk mengamalkan ajaran Islam berbanding dipeningkan dengan perbalahan dan perbezaan pendapat.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Akhirnya, marilah kita amalkan firman Allah: “Wahai orang yang beriman, sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab: 41-42)

Biarkan nama-Nya membasahi lidah kita. Selamat beramal!

Isu-isu bulan ini

Fahami Zikir & Doa

Zikir adalah amalan umat Islam. Tidak kira selepas solat, ketika bertahajud atau di mana sekalipun, kita sentiasa digalakkan berzikir. Apa makna zikir yang sebenarnya?

Kekeliruan Tentang Zikir & Doa

Jika kita memahami konsep zikir dalam Islam, kita akan melihat bahawa zikir dan ilmu tidak bertentangan. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Menurut Imam al-Nawawi dalam al- Azkar, zikir bukan hanya tasbih, tahlil, selawat dan istighfar sahaja. Akan tetapi setiap orang yang mentaati Allah hakikatnya sedang berzikir. Begitulah yang dikatakan oleh Said bin Jubayr dan ulama lainnya.

Berzikir & Berdoa Yang Betul

Tarekat adalah salah satu cabang perbahasan ilmu tasawuf. Dari segi bahasa, tarekat bermakna jalan atau pun cara. Ia kemudian dikenali sebagai satu jalan menuju Allah dan pembersihan hati dengan mengambil pendekatan zikir, suhbah (berdamping dengan guru), khalwat dan lain- lain. Sebahagian tarekat itu lurus berpandukan al-Quran dan sunnah. Tarekat seperti ini menjadi pegangan para ulama tasawuf yang hakiki. Al-Junaid al-Baghdadi berkata: “Jalan (tarekat) kami ialah berasaskan al- Quran dan sunnah.”

Doa & Zikir Terbaik

Allah menginginkan hamba-Nya untuk berdoa dan berzikir serta Dia telah mengkhabarkan berbagai doa dan zikir dalam kitab-Nya. Begitu juga Nabi-Nya merupakan insan yang paling mengenal Allah, sudah tentu Baginda mengetahui doa dan zikir terbaik yang patut diamalkan oleh umatnya.  Justeru, berusahalah untuk mengamalkan dari dua sumber ini yang sudah pasti memiliki kelebihan dan kebaikan.

Promo