Persona Mazhab Syafii

Nombor Isu:

40

Tarikh Terbit:

Aug, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Mazhab Syafii telah menjadi pegangan umat Islam Nusantara sejak berkurun lalu. Maka ramai yang menyangka ia sudah lapuk ditelan zaman. Tetapi bagi saya, ia tetap segar dan relevan sehingga ke hari ini.

Hakikatnya, semakin kita mengenali mazhab Syafii, kita akan semakin kagum dengan kekuatan hujahnya. Jika ia seorang manusia, maka jantungnya ialah al-Quran dan sunnah. Semua ijtihad dan fatwa seboleh mungkin dikeluarkan berasaskan kedua-duanya.

Pengasasnya, Imam al-Syafii berkata: “Sahabatku yang tidak pernah aku tinggalkan hanyalah hadis yang sahih daripada Rasulullah walaupun jauh. Dan orang yang aku tinggalkan ialah sesiapa yang menolak sunnah Rasulullah walaupun dekat.” (Manaqib al-Syafii)

Mazhab Syafii juga sangat menghargai akal manusia. Buktinya, al-Syafii menerima qiyas dan mengamalkannya. Fatwa sahabat Nabi dan ijmak ulama turut dijadikan panduan. Semua ini menjadikan mazhab Syafii berlandaskan asas praktikal yang sangat kukuh.Inilah pesona Mazhab Syafii. Semakin didalami, semakin indah dirasa. Selamat menerokai pesona mazhab Syafii. Mudah-mudahan selepas ini, kita semakin menghargai warisan para ulama.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Fahami Mazhab

Mazhab syafii telah menjadi pegangan sebahagian umat islam di rantau nusantara sejak berkurun lamanya. ia telah menjadi rujukan dan amalan masyarakat dalam aspek ibadah, muamalat dan sebagainya. Adakah kita sebagai penganut mazhab syafii telah mengenali mazhab ini? Mari kita ikuti soal jawab berikut.

Imam Al-Syafii dan Hadis

Kepakaran Imam al-Syafii dalam hadis diperakui oleh ahli hadis. Dua orang tokoh hadis terkenal, Abu Zur’ah al-Razi dan Abu Dawud mengumpulkan hadis-hadis al-Syafii lalu menelitinya satu persatu. Lalu mereka sepakat bahawa al-Syafii tidak pernah tersilap dalam riwayat. 
Abu Zur’ah berkata: “Tiada hadis yang diriwayatkan oleh al-Syafii secara salah.”
Kata Abu Dawud: “Setiap ulama pasti pernah tersalah apabila meriwayatkan hadis kecuali Bisyr bin al-Mufaddal. Aku tidak pernah melihat hadis yang salah dalam riwayat al-Syafii.”

Hikmah

Syiah ialah aliran yang menetapkan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah yang sah selepas Nabi. Justeru mereka berpandangan bahawa Abu Bakar, Umar, Uthman dan semua sahabat Nabi perampas hak beliau. Maka mereka mencela para sahabat Nabi, bahkan sesetengah mereka mengkafirkan para sahabat. 
Imam al-Syafii sama sekali tidak meng- anut fahaman Syiah. Bahkan beliau sangat membenci golongan Syiah Rafidhah yang mencela sahabat Nabi. Kata beliau: “Mereka ialah golongan yang paling teruk!”

Tokoh Hadis Mazhab Syafii

Mazhab syafii mendapat sokongan ramai ahli hadis. Kerana mazhab ini sangat konsisten menerima dan mengamalkan hadis nabi. Antara tokoh- tokoh hadis dalam mazhab syafii ialah:

Promo