Bila Kali Terakhir Anda Membaca Al Quran?

Nombor Isu:

41

Tarikh Terbit:

Sep, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Al-Quran yang kita baca hari ini adalah al-Quran yang sama dibaca oleh Rasulullah dan para sahabat Baginda. Tidak berbeza walau satu huruf pun. Tetapi hairannya, impak yang diberikan al-Quran berbeza antara kita dan mereka. Apabila mereka membaca al-Quran, air mata mereka tidak terasa mengalir dengan derasnya. Keimanan mereka bertambah dan amal soleh meningkat. Itu sebabnya mereka berjaya menjadi generasi Islam maju dan berkuasa.

Mari kita tanya hati kita: Apakah kesan al-Quran pada sikap dan hidup kita? Sejauh mana ia menerangi langkah kita? Jika al-Quran tidak meninggal- kan kesan seperti yang terjadi pada diri salafussoleh kita, itu bermakna kita belum membaca al-Quran dengan cukup baik. Kita mungkin sudah membacanya, tetapi belum cukup mengenali dan mentadabburnya.

Ibn Mas’ud pernah berkata: “Nilailah diri kita dengan al- Quran. Jika kita suka kepada- nya, maka kita benar-benar cinta kepada Allah dan Rasul- Nya.”

Semoga kupasan majalah al-Ustaz kali ini semakin mendekatkan kita dengan al-Quran. Usah setakat membaca dan menghafalnya, usahakan juga mentadabbur isi kandungannya dan me- laksanakan petunjuknya.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Al-Quran dan Tadabbur

Al-Quran merupakan buku yang paling banyak dibaca oleh manusia. Allah menurunkannya bukan sekadar untuk dibaca, tetapi digunakan sebagai pembimbing menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Semua ini hanya boleh dilakukan dengan tadabbur.

Ayat-Ayat Sentap

Hati yang hidup akan tersentak apabila berjumpa ayat-ayat al-Quran. Kerana ia adalah firman Tuhan yang ditujukan kepadanya. Ia akan menyedarkan, menghibur dan meneguhkan keyakinan. Justeru, sungguh keras segumpal hati yang apabila dibacakan firman Allah, ia tidak meninggalkan kesan sedikitpun. 
Malik bin Dinar berkata: “Apa yang telah ditanamkan al-Quran dalam hatimu, wahai ahli al- Quran? Sesungguhnya al-Quran menyuburkan hati seorang Mukmin sebagaimana air hujan menyuburkan tanah yang kering.”

Hukum Iringi Bacaan al-Quran dengan Muzik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Mengiringi Bacaan al- Quran dengan Muzik dan Menggunakan Matan Hadis, Terjemahan al-Quran Serta Terjemahan Hadis Sebagai Lirik Lagu.

Al-Quran Suruh Suami Pukul Isteri

Setiap insan yang memasuki alam perkahwinan pasti mengharapkan kebahagiaan. Namun sudah menjadi sunnatullah, kehidupan ini akan diselangi ujian. Setiap pasangan perlu tahu apa yang perlu dilakukan ketika ujian datang selaras dengan ajaran Islam. Tujuan mendirikan rumah tangga adalah untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan. Rumah tangga bukan tempat melampiaskan kemarahan dan penjara yang mengikat pasangan. Oleh kerana itu, tidak benar jika kita mengatakan Islam menggalakkan keganasan dalam rumah tangga.

Promo