Pintu Rezeki Yang Sering Di Lupakan

Nombor Isu:

42

Tarikh Terbit:

Oct, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Pintu Rezeki yang Sering Dilupakan

Keadaan ekonomi sentiasa ada turun naiknya. Adakalanya mata wang kita tinggi dan barangan mudah didapatkan dengan harga murah. Namun pada ketika lain, kita mengalami kemelesetan ekonomi hingga menyebabkan kejatuhan mata wang dan kenaikan harga barang. Apabila menghadapi waktu sukar, sumber rezeki menjadi keprihatinan utama. Ramai yang mengejar rezeki namun melupakan Maha Pemberi Rezeki (al-Razzaq). Dialah Allah yang menjanjikan rezeki kepada sesiapa yang meminta kepada-Nya. Pintu rezeki daripada Allah tidak pernah tertutup. Ia sentiasa terbuka dan menunggu kita. Allah berfirman: “Kami tidak meminta rezeki daripadamu, bahkan Kami yang memberimu rezeki.” (Surah Taha: 132) Namun sayang, ramai yang tidak menyedari pintu ini lalu mengabaikannya. Mereka terlalu sibuk mengejar janji manusia dan melupakan janji Tuhan. Padahal Tuhan tidak pernah memungkiri janji-Nya. Kupasan Majalah al-Ustaz kali ini bukan mengajar kaedah berniaga dan menggandakan pendapatan. Topik ini telah banyak dikupas dalam pelbagai kursus dan seminar motivasi. Bukan juga untuk mengajarkan kemahiran mencipta wang dan peluang kerana ia di luar pengkhususan kami. Sebagai majalah islamik, al-Ustaz ingin menarik perhatian pembaca kepada sumber rezeki yang sangat penting namun sering diabaikan. Pintu itu adalah ibadah, doa dan merapatkan diri kepada Yang Maha Kaya dan Pemberi Rezeki. Selamat membaca. Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Rezeki di Mata Mukmin

Setiap orang mengharapkan keluasan rezeki. Namun tidak semua orang memahami konsep rezeki itu sendiri. Akibatnya, kita sering bersedih dan merasa tidak cukup. Padahal jika kita faham konsep rezeki yang sebenar, kita pasti akan berasa sangat bertuah.

7 Pintu Yang Sering Dilupakan

Ada banyak pintu rezeki yang Allah sediakan. Namun ia sering kali kita lupakan. Apabila pintu­pintu lain telah tertutup, pintu rezeki ini sentiasa terbuka. Apa yang mesti kita lakukan adalah mengetuknya. Se­ makin kerap kita mengetuk pintu itu, semakin besar peluang untuk ia terbuka. Mari kita kenali pintu­ pintu tersebut.

Awas Penutup Pintu Rezeki

Maksiat menutup pintu rezeki. Sebagaimana sabda Nabi: “Se- sungguhnya seseorang diharam- kan mendapat nikmat kerana satu dosa yang pernah dilakukannya.” (Riwayat Ahmad)

Promo