Waspada Hadis Palsu

Nombor Isu:

43

Tarikh Terbit:

Nov, 2015

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Saya pernah dijemput untuk berceramah di salah sebuah surau di kawasan Shah Alam. Sejurus tiba di surau di kawasan berkenaan, salah seorang AJK surau tersebut menyambut saya dengan sopan. Beliau lalu membawa saya ke sebuah bilik, lalu kami berbincang tentang topik ceramah pada malam itu.

“Jemaah surau kami kebanyakannya terpelajar,” kata AJK tersebut. “Justeru kami minta ustaz untuk tidak menyampaikan hadis palsu. Bimbang akan menjadi kontroversi.” Saya sangat bergembira mendengar pesanan ini. Saya selalu berusaha untuk menghindari hadis palsu dalam setiap ceramah yang dikendalikan mahupun dalam penulisan. Pada saya, nasihat ini tidak dilihat sebagai satu teguran sebaliknya ia mencerminkan kepekaan penganjur dalam memelihara kesucian hadis Nabi.

Ulama sepakat, menyebarkan hadis palsu hukumnya haram. Perkara ini bukan masalah khilafiyyah yang diperselisihkan dalam kalangan ulama. Justeru, mengekang penyebaran hadis palsu menjadi kewajiban
semua pihak. Ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama antara pihak penganjur, pendengar dan terutamanya penceramah sendiri.

Semoga lebih ramai lagi AJK surau dan masjid yang prihatin seperti ini.

Ustaz Umar Muhammad Noor

Isu-isu bulan ini

Waspada Sebaran Hadis Palsu

Fenomena hadis palsu sering men- jadi isu hangat di sana sini. Bahkan dalam zaman moden ini, masih ramai yang menyebarkan hadis tanpa usul periksa dan menyemak kesahihannya terlebih dahulu. Padahal teknologi semakin maju dan status hadis telah banyak diperbincangkan. Mari kita ikuti per-bincangan beberapa perkara berkaitan hadis palsu dan penyebarannya.

Soal Hadis Jawab Palsu

Saya pernah berkongsi sebuah hadis yang saya dapat daripada Internet. Selepas itu, saya diberitahu bahawa hadis tersebut palsu. Berdosakah saya kerana menyebarkannya?

Kaedah Mengenal Hadis Palsu

Rujukan dan mengenal status hadis ialah ahli hadis. Mereka telah mengkaji setiap hadis dengan cukup teliti. Sebahagian daripada mereka sangat sinonim disebut-sebut namanya setiap kali hadis palsu dikenal pasti. Mereka ialah:

Istilah-Istilah Ilmu Hadis

Hadis bermaksud sesuatu yang di- sandarkan kepada Nabi Muham­ mad sama ada berupa perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat. Sebagaimana ilmuwan dalam disiplin ilmu yang lain, para ulama hadis juga menggunakan istilah-istilah tertentu dalam perbahasan hadis. Di sini disenaraikan secara umum istilah-istilah yang masyhur dalam ilmu hadis. Hadis boleh dibincangkan dari beberapa sudut. Dari setiap sudut itu, ada istilah­istilah tertentu yang digunakan.