Fakta & Auta Tentang Nabi

Nombor Isu:

45

Tarikh Terbit:

Jan, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Semasa belajar di Syria dahulu, saya pernah menghadiri seebuah ceramah maulid yang sampaikan oleh Dr. Yusuf al- Qaradawi. Nama tokoh ini tidak asing bagi kita.

Beliau mengatakan bahawa peringatan maulid Nabi yang dilakukan oleh umat Islam bukan disebabkan kegembiraan atas kelahiran seorang manusia. Tetapi kegembiraan tersebut adalah kerana kelahiran risalah Islam yang menjadi rahmat bagi alam semesta. Ucapan beliau sangat berbekas di hati saya.

Islam sangat identik dengan Rasulullah. Baginda mencerminkan Islam dalam setiap ucapan, perbuatan dan akhlaknya. Membaca sejarah hidup Baginda akan memahamkan kita mengenai hakikat Islam yang sebenar dan perkara sepatutnya yang kita perlu amalkan.

Sayangnya, ramai dalam kalangan kita masih belum mengenali Baginda. Buktinya, meski saban tahun kita meraikan maulid, sikap dan tingkah laku umat Islam masih jauh daripada tauladan Baginda. Perkara ini mungkin berpunca daripada cara kita yang hanya mem- bincangkan kisah hidup Nabi untuk halwa telinga semata-mata.

Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Fiqh Sirah menyebut: “Pengetahuan tentang sirah sebegini rendah sama sahaja seperti jahil tentangnya. Kezaliman yang nyata apabila sirah dirubah menjadi sekadar cerita legenda. Bahkan menjadi kezaliman juga apabila kita menjadikan satu periode sejarah yang penuh dengan keghairahan dan kekuatan tetapi dibungkus dalam kain kafan orang yang telah mati.”

Semoga maulid tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah.

Isu-isu bulan ini

Salah Faham Tentang Nabi

Salah satu tanda kesempurnaan iman ialah apabila mencintai Rasulullah s.a.w. melebihi diri apatah lagi keluarga sendiri. Rasulullah merupakan nadi umat Islam yang memberikan sokongan kehidupan kepada kita. Tanpa kecintaan kepada Baginda, kehidupan Muslim bagaikan tidak bermaya dan tidak bermakna. Namun masalahnya, adakah kita benar-benar telah mengenal Baginda?

Tentang Nabi: Fakta atau Auta

Berdasarkan maklumat yang saya tahu, Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal. Ada yang mengatakan tarikh ini tidak tepat. Boleh ustaz jelaskan?

Hari keputeraan tokoh besar biasanya sangat sukar dipastikan terutamanya apabila tokoh ini lahir ketika pada zaman masyarakat jahiliah yang tidak menulis dan membaca. Mereka hanya mengaitkan tarikh kelahiran dengan peristiwa besar yang berlaku...

Mukjizat Nabi Akhir Zaman

Walau setinggi apapun intelektual seorang manusia, ia tetap tidak dapat mengetahui apa-apa yang akan berlaku selepas kematian. Logik mengetahui bahawa roh manusia akan terus kekal selepas kematian. Namun logik tidak dapat mengetahui hakikat alam barzakh, perkara yang dapat membawa ke syurga dan menyelamatkan diri daripada neraka. Justeru para nabi dan rasul diutus untuk memberitahu perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal ini.

Tip Meluruskan Salah Faham Terhadap Nabi

Nabi Muhammad s.a.w. sering disalah tafsir dalam sabdanya dan apa-apa yang dilakukan oleh Baginda. Salah tafsir ini kebiasaannya terbit daripada hati yang busuk, dengki dan munafik. Seorang Mukmin dan Muslim beriman dengan Nabi. Baginda mempunyai sifat yang amat baik.

Promo