Cukupkah Sekadar Halal?

Nombor Isu:

47

Tarikh Terbit:

Mar, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Pada 16 Januari yang lalu, Telaga Biru merasmikan kedai runcit pertamanya dengan nama BinWaharp’s Grocer: Your Halal Station. Kedai runcit ini menawarkan pelbagai produk halal daripada makanan hingga- lah penjagaan diri dan keperluan rumah. Semua pembekal produk daripada kalangan bumiputera Islam.

Usaha ini merupakan pengamalan ajaran Islam secara praktikal mengikut konteks semasa. Tiada agama yang sangat prihatin dalam hal pemakanan seperti Islam. Apa yang masuk ke dalam perut akan meninggalkan kesan pada akhlak dan hati.

Imam Ahmad pernah ditanya: “Apa perkara yang boleh melembutkan hati?” Beliau menjawab: “Makanan halal.”

Memilih barangan halal bukan hanya berkaitan dengan pembentukan tubuh dan minda. Namun juga berkait rapat dengan pembinaan dan perkembangan ekonomi umat.

Jika selama ini umat Islam hanya menjadi pengguna, kini saatnya kita beralih kepada posisi pengeluar dan pengedar. Umat Islam mesti melepaskan kebergantungan kepada pihak lain dalam memenuhi keperluan asasnya.

Walau bagaimanapun, tanpa sokongan umat Islam di Malaysia perjuangan ini tidak akan berjaya. Justeru, Majalah al-Ustaz bercadang untuk memberi kesedaran bagi umat Islam berkenaan konsep halal dan pelbagai aspek yang berkaitan dengannya. 

Untuk itu, saya telah meminta al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil menggantikan saya menulis artikel isu untuk keluaran kali ini. Beliau seorang ilmuwan muda yang berkelayakan dalam bidang fiqah semasa. Saya yakin penjelasan beliau dapat memberi pencerahan berkenaan dengan aspek yang sangat penting ini.

Selamat membaca.

Isu-isu bulan ini

Menjaga Permakanan Ciri Masyarakat Bertamadun

Dalam kitab Al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah al-Zuhayli menyatakan bahawa Islam begitu mengambil berat tentang anggota badan. Maka oleh itu, Islam mewajibkan pengambilan kadar makanan dan minuman yang mencukupi untuk menjaga kehidupan dan mengelak daripada kematian. Bahkan kita melihat Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin menyatakan bahawa perbincangan pemakanan adalah urusan agama.

Keragauan Makanan Halal dan Haram

Baru­baru ini saya sekeluarga makan di sebuah restoran. Di situ ada menu ketam batu yang besar. Harganya memang agak tinggi. Saya teringin hendak makan, tetapi abang saya melarang. Katanya haram. Betulkah, ustaz?

Keistimewaan Makanan Halal

Kebiasaannya, kita prihatin soal makanan halal kerana takut berdosa makan makanan haram. Mungkin kita masih kurang mengambil tahu kelebihan memakan makanan yang halal daripada al­Quran dan sunnah. Boleh ustaz nyatakan?

Hukum Makan Telur Haiwan

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani  berpendapat semua jenis telur binatang baik yang terbang di udara, di laut dan merayap di darat halal dimakan asalkan ia tidak membahayakan kesihatan. Selain itu, dihalalkan segala jenis telur yang terhasil daripada binatang yang tidak boleh dimakan selagi ia tidak memberi mudarat kepada nyawa dan kesihatan manusia. Pandangan ini berdasarkan kaedah fiqah yang bermaksud: “Hukum asal sesuatu itu harus sehinggalah terdapat dalil yang menegahnya (mengharamkan).”