Fiqah Sakit Puan

Nombor Isu:

49

Tarikh Terbit:

May, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Dalam menghadapi ledakan ilmu moden, fiqah Islam tidak kekok mendepani permasalahan dengan menawarkan panduan dan penyelesaian kes yang berlaku. Ini kerana kita beriman terhadap kesempurnaan syariah yang relevan sepanjang zaman.
Antaranya, isu sakit puan yang sering dibicarakan oleh semua pihak kerana kepentingan dan risikonya. Al-Ustaz tampil membicarakan isu ini secara tuntas berpandukan sumber syariah yang asli agar semua pihak yang terlibat dalam persoalan sakit puan dapat beriltizam dengan syariah.​
Kali ini, al-Ustaz berusaha mendekatkan lagi kefahaman fiqah kepada masyarakat. Kami mengimport kepakaran Ustaz Muhammad Luqman Makhtar (Editor majalah Solusi) untuk menghasilkan ruang uji minda yang dinamakan Cuit Ilmu.
Justeru, saya menyeru para pembaca agar terus bersama al-Ustaz untuk sama­sama mengambil ilmu yang tulen dan asli. Jadikan al-Ustaz sumber ilmu dan fiqah anda.
Salam kasih sayang dan jihad ilmu.

Isu-isu bulan ini

Sakit Puan & Darah Wanita

 Antara cabang ilmu perubatan yang penting adalah bidang sakit puan. Al-Ustaz cuba mengambil bahagian dalam isu sakit puan dari aspek fiqah yang sangat perlu diketahui oleh ahli perubatan terutamanya pakar sakit puan. Begitu juga kepada orang ramai yang menjalani rawatan. Perbincangan ini disandarkan kepada ilmu fiqah berserta rujukan pakar sakit puan.

Hukum Berkaitan Wanita Hamil

Hukum air ketuban ialah najis mutawassitah. Ia tidak suci. Ia sama seperti air kencing yang wajib di- basuh tetapi tidak dimandi wajib. Kaedah fiqah dalam mazhab Syafii menyatakan: “Se- suatu yang keluar daripada dua lubang kemaluan adalah najis.”

Kemusykilan Umum Wanita

Wanita yang melahirkan anak pada bulan Ramadan wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan. Sekiranya tidak sempat menggantikan puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya, ada dua pandangan dalam mazhab Syafii. Pertama, dia perlu menggandakan fidyah bagi setiap hari yang belum diganti. Kedua, jika tidak mampu atau kerap bersalin, maka dia boleh berpegang kepada pandangan kedua mazhab Syafii. Iaitu tidak perlu menggandakan fidyah.

Beginilah Islam Menyanjungi Wanita

Sebenarnya Islam amat menyanjungi wanita. Para Muslimah tidak sepatut- nya terpengaruh dengan aliran feminisme yang meminta hak sama rata lelaki dan wanita. Kerana Islam telah pun mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki. Islam mengangkat mereka sebagai wanita, ibu dan isteri pada kedudukannya tersendiri.