Fiqah Mengurus Wang

Nombor Isu:

50

Tarikh Terbit:

Jun, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Harta dan manusia memang tidak boleh dipisahkan. Malah perbincangan tentang harta adalah sebahagian daripada hidup seorang Muslim.

Suatu persoalan besar dalam isu harta adalah hutang. Ia suatu cabaran dalam hidup Muslim untuk menguruskan harta dalam bentuk hutang. Kerana secara sedar atau tidak, setiap Muslim pasti ada hutang walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Hutang ini disyariatkan bertujuan untuk menunaikan hajat mereka yang terhalang kerana tidak mempunyai wang.

Antara isu yang perlu difahami oleh individu Muslim moden adalah wujudnya golongan yang tidak berkemampuan menguruskan hutang dengan baik kerana pelbagai sebab. Akhirnya dia menjadi insan yang malang.

Kami menerima banyak respons pembaca tentang dilema hutang yang mereka hadapi. Maka al-Ustaz kali ini cuba mengupas masalah hutang yang melanda Muslim dahulu hingga kini. Mudah-mudahan ia dapat membantu menghapuskan dilema hutang bagi umat Islam di Malaysia dan sekitarnya.

Salam perubahan dan tajdid daripada kami di al-Ustaz. Dan selamat menghitung hari untuk bertemu Ramadan al-Mubarak.

Isu-isu bulan ini

Memahami Konsep Hutang

Hutang piutang adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Ia mudah dilakukan, tetapi sukar untuk dilangsaikan. Kerana itulah dalam al-Quran, hukum-hakam piutang dicatatkan dalam satu muka surat, iaitu dalam surah al- Baqarah ayat 282. Begitulah Allah menegaskan pentingnya menjaga perihal hutang.

Macam-macam Hukum Hutang

Hukum buat­buat lupa hutang atau berhutang dengan niat tidak mahu melangsaikannya adalah haram. Ia termasuk dalam makna mencuri. Sabda Nabi: "Barang siapa yang me­ minjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembali­kan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikan­ nya, Allah pun akan merugikannya." (Riwayat al­Bukhari)

Jalan Keluar dari Belenggu Hutang

Orang susah (al-mu'sir) ialah sese­ orang yang diberi kelonggaran oleh Islam untuk diberi penangguhan pembayaran hutang. Allah menyebutkan: "Jika orang yang ber­ hutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya. Dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." (Surah al-Baqarah: 280)

Tidak Ingat Hutang Kad Kredit

Mari sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Dalam satu hadis, Rasulullah menegaskan: “Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim) Lebih buruk apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sabda Nabi: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu. Namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.” (Riwayat al-Bukhari)