Infaq Dan Sedekah

Nombor Isu:

51

Tarikh Terbit:

Jul, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memberi Rezeki, selawat dan salam ke atas Nabi pembuka rezeki, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Sedekah dan infaq merupakan rukun Islam dan rukun tamadun yang penting dalam membina masyarakat Muslim. Terlalu banyak isu sedekah dibincangkan dalam al­Quran dan sunnah, sehingga ia menjadi tanda iman kepada seseorang.

Maka atas dasar inilah, al­Ustaz tampil membincangkan isu ini untuk memberi peringatan dan ilmu kepada masyarakat mengenainya. Kami faham bahawa banyak persoalan tentang sedekah yang berlegar­legar di kotak fikiran umat.

Mudah­mudahan dengan keberkatan Ramadan dan Syawal ini, kita semua berusaha memberi sumbangan sekadar termampu kita untuk menghidupkan sunnah al­Quran ini.

Isu-isu bulan ini

Kelebihan Sedekah 

Islam sangat menitikberatkan hubungan sesama manusia, di samping hubungan dengan Allah. Sikap dan semangat bantu - membantu sangat digalakkan serta dijanjikan pahala melimpah ruah. Salah satu cara untuk membantu orang lain adalah dengan sedekah. Rasulullah merupakan contoh terbaik bagi kita, betapa Baginda seorang yang sangat dermawan lagi pemurah.

Hukum - Hakam Sedekah

Keutamaan adalah kepada golongan yang memerlukan khususnya kaum terdekat. Ini berdasarkan firman Allah, "Dan berilah kepada orang yang terdekat denganmu, hak mereka masing-masing." (Surah al-Isra': 26)

Begini Cara Sedekah

Ikhlas dalam bersedekah bererti sese- orang itu memberi sedekah untuk men- dapat reda Allah atau sesuatu di sisi Allah seperti syurga dan sebagainya. Apabila seseorang berkata bahawa
dia ikhlas, maka berkemungkinan boleh berlaku kerosakan dalam amalannya. Ulama tasawuf berkata, "Sesiapa yang berkata 'saya ikhlas' maka dia memerlukan ikhlas lagi."

Harta Terbaik Tidak Kena Zakat?

Daripada­ Ibn­ Abbas,­ ketika­ Rasulullah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, Baginda bersabda: “Sesungguhnyakamu akan bertemu dengan golongan ahli kitab, maka hendaklah yang pertama sekali diseru kepada mereka adalah beribadah hanya kepada Allah yang Esa. Jika mereka telah mengetahui dan­ men­taatimu­ maka­ khabarkanlah­ bahawasanya Allah telah memfardukan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam. Jika mereka telah melakukannya maka khabarkanlah kepada mereka bahawasanya Allah memfardukan ke atas mereka zakat yang diambil daripada harta golongan yang berada dalam kalangan mereka dan diserahkan kepada golongan fakir dalam kalangan mereka...