Mengapa Perlu Khilaf?

Nombor Isu:

52

Tarikh Terbit:

Aug, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi kita, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Fiqah ikhtilaf atau fiqah perbezaan pandangan adalah isu yang penting dibicarakan dalam kalangan masyarakat. Ini kerana terdapat khilaf yang menguntungkan masyarakat dan terdapat khilaf yang merugikan.

Terdapat kes khilaf yang muktabar dan mudah, tetapi ia telah diubah menjadi isu yang hangat. Maka kesannya, umat Islam berpecah dan bergaduh sehingga mencemarkan nama baik agama.

Bukan khilaf sebegini yang kita inginkan. Sebaliknya khilaf yang kita inginkan adalah khilaf yang membina, bertoleransi dan produktif.

Justeru, Al-Ustaz menggalas tanggungjawab untuk menjelaskan isu yang penting ini.

Harapan kami agar umat Islam lebih memahami sebab, cara menghadapi dan bertoleransi dengan ikhtilaf yang berlaku di sekeliling mereka.

"Aku tidak bermaksud menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang. Aku hanya bermaksud mengadakan perbaikan selama aku mampu." (Surah Hud: 88)

Isu-isu bulan ini

Apa Erti Khilaf?

Ikhtilaf atau khilaf bukanlah suatu perkara baru dalam perbincangan agama. Ia pasti wujud dalam mana-mana perbincangan, sama ada dalam kalangan ulama, ilmuwan malah masyarakat awam. Kali ini, Al-Ustaz tampil memberikan kefahaman tentang isu khilaf, sebab- sebab berlaku dan adab yang sepatutnya dijaga ketika menghadapinya.

Tidak Semua Khilaf Diterima

Imam al-Syafii ada menyatakan bahawa khilaf terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:1. Khilaf yang harus; 2. Khilaf yang haram; 3. Sesuatu yang dikatakan khilaf tetapi di sisi beliau bukanlah khilaf: 4. Khilaf yang boleh diamalkan kesemuanya.

Bagaimana Ulama' Berbeza Pandangan

Perbezaan pandangan dan pendapat berlaku sejak zaman para sahabat dan para tabiin selepas mereka. Oleh kerana perbezaan mereka tidak didasari hawa nafsu, sebaliknya kerana usaha mencari kebenaran dan keredaan Allah, maka kita dapati perbezaan mereka tidak menjadikan mereka berbalahan, apalagi bermusuhan. Sebaliknya, mereka hidup dengan penuh kerama- han dan keharmonian. 

Mengapa Berbeza

Mari Soroti antara punca-punca berlakunya perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama khususnya, dan manusia umumnya.