Musafir Membelah Awan

Nombor Isu:

53

Tarikh Terbit:

Sep, 2016

Jumlah Muka Surat:

112

Harga:

RM9.00

Sinopsis

Fiqah Kapal Terbang 

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga Baginda serta para sahabat.

Sesungguhnya keistimewaan fiqah Islami adalah syumul, iaitu konsep yang menyeluruh dan merangkumi semua kehidupan.

Sejajar dengan konsep tersebut, al-Ustaz maju setapak lagi ke hadapan dengan membincangkan hukum-hakam fiqah berkaitan kapal terbang. Isu ini tidak kurang penting untuk diketahui oleh umat Islam kerana banyak hukum berkaitan dengannya seperti hukum menjadi juruterbang atau anak kapal, solat dan puasa di dalam kapal terbang dan sebagainya.

Al-Ustaz akan sentiasa berusaha untuk mengupas isu yang dekat dengan masyarakat. Al-Ustaz juga akan terus menjuarai kupasan hukum fiqah dalam segenap aspek kehidupan masyarakat agar masyarakat terus terpandu dalam beriltizam dengan syariat.

Mudah-mudahan Allah memberkati usaha yang kecil ini.

Salam ilmu dan amal.

Isu-isu bulan ini

Profesyen Awan Biru

Kapal terbang adalah antara yang biasa menjadi pilihan pengguna, terutamanya bagi yang ingin bermusafir atas pelbagai sebab seperti melancong, bekerja, belajar dan sebagainya. Jenis pengangkutan udara ini biasa dipilih kerana faktor menjimatkan masa walaupun tambangnya tidak semurah pilihan pengangkutan yang lain. Al-Ustaz melihat beberapa isu berbangkit mengenai hukum- hakam pekerjaan melibatkan juruterbang, pramugara dan pramugari serta ibadat dalam penerbangan. Tidak kurang juga hukum-hakam berkaitan kapal terbang yang masih jarang dibincangkan. Ikuti soal jawab bersama editor Al-Ustaz.

Hukum Ibadat dan Muamalat dalam Kapal Terbang

Ulama berbeza pandangan dalam persoalan ini. Ulama Syafii menya­takan tidak sah solat di atas udara kerana ia tidak dinamakan bumi. Nabi bersabda: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud.” (Riwayat al­Bukhari). Ulama Maliki mengharuskan solat di atas udara. Ia memberi keringanan kepada kita untuk menunaikan solat. Pada pendapat saya, ada kaedah dalam mazhab Syafii yang menyatakan: “Perkara yang terpencil dihubungkan dengan perkara umum.” Perkara terpencil bermaksud solat dalam kapal terbang, manakala perkara umum bermaksud solat di atas bumi.

Hukum-hakam Berkaitan Pesawat

Nabi bersabda: “Tidak halal harta seseorang melainkan (diberinya) dengan jiwa yang reda.” (Riwayat Ahmad). Orang yang mengambil barangan milik syarikat penerbangan boleh dihukum takzir kerana dia telah mencuri. Namun hukumannya tidak dipotong tangan kerana kecurian itu tidak mencukupi syarat untuk dikenakan had.

Tiada Alasan Abaikan Solat

Selain itu, konsentrasi. Ketika bertugas, berikan sepenuh per­ hatian. Jangan sambil lewa. Ia kembali kepada niat kita tadi. Kalau niat hendakkan gaji, dapat insya­Allah. Tetapi duit itu nanti­ nya hendak dibuat apa? Kalau niatkan sebagai ibadah, laksanakan betul­betul, insya­Allah dua­dua tujuan kita dapat. Elokkan niat kita. Allah Maha Pemurah, al­Rahman dan al­Rahim. Niatlah yang baik, insya­Allah Dia akan berikan. Kerjaya kita jadikan ibadah. Samalah juga dengan keluarga, kita mahu anak­anak kita jadi apa? Nak jadikan pandai memang mudah, tetapi apa tujuannya? Banyakkan doa, antaranya doa supaya kita dibantu untuk berzikir, bersyukur dan mengelokkan ibadah.

Review/Pertanyaan Majalah